FREE SHIPPING ON ORDERS ABOVE RM200

5 Sebab Tudung Bawal Exclusive Menjadi Pilihan Wanita Cantik Kelantan

5 Sebab Tudung Bawal Exclusive Menjadi Pilihan Wanita Cantik Kelantan

Jika diperhatikan wanita Kelantan suka memperagakan bawal terutama sekali dari rangkaian Bawal Exclusive.

Kalau anda perasan juga, makcik2 yang jual di kedai makan pun memakai bawal dari Bawal Exclusive. 

Gadis-gadis Kelantan juga selalu menggayakan bawal exclusive walaupun hanya mahu ke pasar malam.

Apatah lagi sewaktu di hari raya, ramai yang menampilkan dengan penampilan Bawal Exclusive sehingga kesemua stok di butik hampir licin. 

Mungkin sebab itulah wanita Kelantan selalu diperkatakan cantik, manis dan sopan kerana mereka suka memperagakan bawal.

Bahkan ada juga fanatik dengan Bawal Exclusive sehingga sanggup repeat beli banyak kali untuk membuat koleksi..

Jom ketahui 5 sebab  tudung Bawal Exclusive menjadi pilihan wanita cantik Kelantan.

1. Tampil eksklusif

Cik Puan Rabiatu Hasmak dan Suami

Tudung Bawal Exclusive menggunakan kristal Swarovski tulen yang diimport khas dari Austria. 

Batu permata Swarovski yang digunakan adalah berkualiti tinggi sehingga kejernihannya menyerupai berlian asli.

Hanya dengan kilauan maniknya sahaja sudah cukup menyerlah sehingga memukau pandangan orang ramai.

Bayangkan kalau anda menggayakan Bawal Exclusive untuk pergi ke shopping mall. Sudah pasti banyak mata tertumpu ke arah anda.

Setiap perincian kristal yang ditampal juga diletakkan satu persatu dengan penuh teliti untuk menjamin kualiti nilainya yang sangat eksklusif.

Pastikan anda membeli yang original sahaja ye !

2. Terletak & senang bentuk

Tudung Bawal Exclusive sangat mudah digayakan kerana menggunakan sejenis fabrik voile iaitu “Japanese Voile” yang diimport khas dari Jepun.

Jenis fabrik yang digunakan juga tidak berbulu walaupun kerap dipakai dan dicuci.

Apabila mencucinya, untuk menunggu waktu ianya untuk kering tidaklah memakan masa seperti jenis fabrik yang lain.

Anda tidak perlu risau walaupun dibadai angin pantai, awningnya tetap maintain dan tidak mudah lembik.

Ia boleh dikatakan sebagai tudung “ready to go” kerana tidak memerlukan masa yang lama untuk memakainya.

Sebaik sahaja anda memakai, ianya terletak kemas dan mudah dibentuk pada wajah serta boleh digayakan dengan pelbagai cara.

3. Material yang Ringan dan Sejuk

Material yang digunakan adalah sejuk dan sangat ringan.

Berikutan dengan cuaca yang begitu panas di Malaysia, ia memberikan keselesaan yang berpanjangan kepada si pemakai.

Kain yang digunakan dijamin selesa apatah lagi kalau melakukan pelbagai aktiviti seharian.

Bahkan ada yang repeat beli banyak untuk buat koleksi kerana keselesaannya dijamin oleh ramai orang.

Pendek kata pakai dulu baru tahu.

4. Mudah digayakan

Bawal dari rangkaian Bawal Exclusive ini sangat praktikal.

Anda boleh menggayakan dengan apa jua gaya walaupun hanya mengenakan gaya yang santai.

Juga boleh diselaraskan mengikut keselesaan.

Jika rasa tidak selesa, boleh labuhkan tudung mengikut kesesuaian.

Selain boleh digayakan untuk gaya yang santai, Bawal Exclusive juga sesuai untuk digayakan setiap hari ke pejabat. 

Bayangkan ke pejabat setiap hari menggayakan Bawal Exclusive, pasti lebih bersemangat untuk melakukan kerja.

Cukup dengan memakainya sahaja pasti anda kelihatan mempersona serta dapat memukau setiap mata memandang.

5. Simple dan Elegan

Dengan pemakaian tudung Bawal Exclusive anda akan tampil simple dan elegan.

Jika mahukan penampilan yang simple sahaja, anda tidak perlu mengenakan seberapa banyak mana pun pin.

Hanya menggunakan satu pin sahaja atau dengan menyarungkan cincin tudung dari Swarovski di pangkal tudung sudah memadai untuk anda tampil lebih manis dan versatile.

Untuk penampilan yang lebih elegance pula, pemilihan warna bold sangat sesuai untuk kelihatan lebih segak dan anggun.

Cukup dengan kilauan manik ditudung sudah menambahkan seri penampilan yang sangat eksklusif.

Leave a Reply

×

Cart

Cart