FREE SHIPPING ON ORDERS ABOVE RM200

Top 11 Tudung Raya 2019 Pilihan AG

Top 11 Tudung Raya 2019 Pilihan AG

Dalam seminggu lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.Anda semua mesti dah tak sabar nak raya kan?

Macam mana semua?

Dah lengkap ke semua persiapan raya?

Apa? Belum ada tudung raya?”

Susah ni.

Tudunglah paling leceh nak cari kan?

Mesti nak kena match dengan baju, handbag, dan kasut.

Jangan risau.

Masih belum terlambat untuk anda dapatkan tudung cantik untuk raya nanti.

Di AS Galleria, kami menawarkan pelbagai pilihan menarik untuk dijadikan koleksi. Anda pasti dapat melaram di Hari Raya nanti dengan kolesi #tudungrayaag2019.

Jom tengok koleksi raya dari AS Galleria yang kami sediakan khas untuk anda semua.

1.BAWAL INTAN BERDERAI

Bawal Intan Berderai merupakan koleksi terbaru di AS Galleria. Tudung ni sangatlah cantik.

Ianya dilengkapi dengan bukan 1, bukan 2, tapi 3 saiz Swarovski yang boleh silau mata kalau tengok.

Tak percaya, cuba tengok video kat bawah ni.

Kilauannya sangat menggoda bukan?

Dengan kualiti fabrik voile diimport khas dari Jepun, menambahkan lagi nilai eksklusif yang ada pada tudung ini.

Susunan permata pada Tudung Bawal Intan Berderai ini pula tersangatlah kemas.

Sangat cantik dan pasti boleh menaikkan keyakinan anda di Hari Lebaran.

Menyesal kalau tak dapatkan sekarang.

Berderailah harapan anda nak bergaya di hari raya nanti.

Untuk pilihan warna yang ada, anda boleh layari  asgalleria.com

2.BAWAL CINTA AB

Cuba lihat Bawal Cinta AB ni. Sangat menawan bukan?

Lihat saja Kemasan Corak Love yang terdapat pada Tudung Bawal Cinta AB ni.

Ianya memberi “Love Effect” yang sangat mempesonakan.

Mesti buat semua orang jatuh cinta pada anda.

Dusty Purple dipadankan pula dengan corak love umpama melakar cinta abadi bagi peminat Bawal Exclusive yang mahukan sentuhan Swarovski AB berkilauan di pagi raya.

Lihat saja kerlipan Batu Swarovski yang terletak pada tudung cantik ni.

Wah, tak tahan dibuatnya.

Cantik sangat!

Cepat dapatkan sekarang di AS Galleria.

3.BAWAL PEPATUNG 4 EKOR + SS16

Koleksi Bawal pepatung merupakan design top dari AS Galleria.

Bawal ini memberikan rasa eksklusif tersendiri pada penampilan anda tanpa perlu bersusah payah.

Kecantikan design ini terserlah dengan corak pepatung yang dihasilkan secara istimewa menggunakan batu Kristal Swarovski AB dan Kristal Swarovski Berwarna.

Anda akan merasakan kepuasan yang tersendiri apabila mengenakan tudung Bawal Pepatung ini.

Ia didatangkan secara khas dengan koleksi butiran batu kristal besar bersaiz Ss16 yang ternyata sangat mempesonakan.

Anda juga boleh menempah secara khas jika ingin menambah bilangan pepatung yang terdapat di tudung ini.

“Tak tahu macam mana nak gayakan bawal pepatung ni?”

Jangan risau.

Anda boleh lihat video tutorial di bawah ini.

Comey Dr @mimie_madihah atau Comey lagi pepatung yang hingap kat Tudung DR @mimie_madihah ?#tutorialbawalexclusive

Posted by Bawal Exclusive on Thursday, 14 March 2019

Cantik kan?

Pasti menambahkan seri di pagi raya dengan Koleksi Bawal Pepatung dari Bawal Exclusive.

4. BAWAL BABY BATRISYAH

Menggoda betul Bawal ni kan? Sama seperi namanya, ianya seperti mempunyai personaliti yang lembut dan manja.

Didatangkan khas dengan kristal berwarna pink.

Sangat cantik dan menawan. Sesuai untuk mereka yang mempunyai keperibadian lembut dan gemalai.

Anda tentunya menjadi tumpuan utama jika anda mengenakan Bawal Baby Batrisyia ni.

Tengok sahaja kerlipan permata Swarovskinya yang sangat memukau.

Rasa macam tak sabar-sabar nak gayakan di hari lebaran.

Betul tak?

Kalau macam tu, jangan tunggu lagi.

Dapatkan sekarang di asgalleria.com

5.BAWAL ZUYYIN

Koleksi bawal zuyyin ni merupakan satu lagi koleksi TOP TOP MELETOP! di butik As Galleria.

Memiliki design yang unik dan tersendiri, Koleksi Bawal Zuyyin pasti tidak akan menghampakan anda.

Dilengkapi dengan kemasan batu kristal Swarovski bersaiz SS20  yang tersusun rapi di bahagian belakang tudung, Koleksi Bawal Zuyyin pasti dapat memikat hati  sesiapa sahaja.

Rekabentuknya yang elegant sangat sesuai untuk anda yang ingin berpenampilan kemas.

Coraknya juga mempunyai penceritaan tersendiri dan mencerminkan imej seorang wanita moden.

Sangat sesuai untuk anda yang ingin tampil kelihatan anggun dan berkelas.

Penampilan yang kemas dan cantik pasti akan dapat meningkatkan mood dan tahap keyakinan anda di pagi raya.

Anda juga boleh membuat tempahan untuk design yang menarik ini dalam pelbagai warna mengikut citarasa yang anda kehendaki.

Layari asgalleria.com sekarang untuk info lanjut.

6.BAWAL GEMERSIK 1 KUNTUM

Wahhh cantik betul lahai Bawal  Gemersik Sekuntum ni.

Koleksi Bawal Gemersik Sekuntum ini kami bawakan secara eksklusif kepada anda yang mahukan kilauan yang lebih memukau.

Ianya mempunyai design yang sangat unik kerana mempunyai tambahan warna pada batu kristal yang lebih menarik.

Orang di sekeliling anda pasti tercengang tatkala anda menggayakan koleksi ini kerana terpukau dek kecantikan anda yang memakainya.

Kain bawal Gemersik Sekuntum diperbuat daripada kain yang sangat berkualiti tinggi dan mudah dibentuk. Ditambah lagi dengan perincian berlian Swarovski yang disusun dengan penuh teliti dan cermat, tentunya akan menambahkan keanggunan anda!

Perinciannya yang tersusun kemas di kepala semestinya membuatkan anda kelihatan bak seorang ratu!

Untuk melihat koleksi warna yang ada, anda boleh layari asgalleria.com sekarang!

Anda juga boleh menempah warna khusus mengikut pilihan hati di As Galleria.

Sangat istimewa bukan?

7. BAWAL LIMITED IVORY BEIGE

Bawal Limited Ivory Beige ini sememangya memukau pandangan sesiapa sahaja.

Bawal ini merupakan koleksi limited yang terdapat di butik AS Galleria.

Ianya hanya dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit. Tak lebih dari 10 helai tudung bawal jenis ini yang terhasil.

Warnanya pula tidak sama antara satu sama lain. Menjadikan nilai eksklusifnya khusus hanya untuk anda.

Koleksi terhad ini sesuai untuk anda yang mahukan keistiewaan tersendiri.

Lihatlah sendiri kemasan kristal Swarovski yang tersusun rapi ni.

Jemput cuci mata sebelum di hantar kepada tuannya ☺️Koleksi #bawalexclusive20 Berharga RM6000.00Telah di jual kepada @asgalleria.by.bawalexclusive #crystalfromswarovski =========================#ThankyouforchoosingBawalexclusive#bawalexclusivecrystalsfromswarovski#bawalexclusive premium branding partner #Swarovski#foreveryoung with #bawalexclusiveIf You Want The Best,Choose The Original.#Swarovski ?#crystalfromswarovski

Posted by Bawal Exclusive on Saturday, 5 May 2018

Sangat cantik bukan?

Keistimewaan  lain yang terdapat pada bawal limited ini tentulah designya yang eksklusif.

Corak yang persis mahkota yang terdapat pada tudung bawal ini menambahkan nilai kemewahan pada tudung ini.

Design ini direka dan dihasilkan bersama pihak Swarovski sendiri.

Bukan calang-calang tau!

Memandangkan stok adalah sangat terhad, cepat dapatkannya sebelum habis terjual.

8. BAWAL PUJAAN KANDA 60

Wah mewah sungguh kerlipan Swarovski yang disajikan bawal Pujaan Kanda ni.

Dari  jauh saja kerlipannya sudah sangat memukau.

Dilengkapi dengan 60 kuntuman bunga terbuat daripada kristal Swarovski yang bergemerlapan.

Shimmer Pink pada tudung benar-benar memikat mata melihatnya yang kena dengan jiwa wanita yang gemarkan rona lembut.

Dijamin anda akan menjadi pujaan hati kanda-kanda yang memandang!

Kepada peminat design simple namun tetap mahu kelihatan gorgeous jom dapatkan koleksi ini sekarang di asgalleria.com.

9. BAWAL PUJAAN KANDA 120

Jika anda rasa 60 kuntum bunga tak cukup untuk menambat hati kekanda pujaan hati anda, jangan risau!

Anda masih boleh memilih Bawal Pujaan Kanda 120 ni.

Warna Royal Blue yang memikat ditambah pula dengan susunan kuntuman bunga bertaburan daripada kristal Swarovski.

Ada 120 kuntum bunga semuanya.

“Sememangnya sangat menawan bukan?”

Bukan sahaja dapat menambat hati kanda kalau macam ni, dinda-dinda dan semuanya pasti tak jemu memandang nanti.

Jika anda mahu citarasa mewah dan menawan di pagi raya, miliki design ini sekarang!

10. BAWAL DUSTY ROSE

Bawal Dusty Rose ini merupakan satu lagi koleksi bawal limited edition yang terdapat di AS Galleria.

Seperti bawal limited edition lain, ia mempunyai nilai eksklusif yang tiada taranya.

Penghasilannya sangat terhad.

Tidak lebih dari 10 helai dihasilkan menjadikan ianya sangat istimewa dan ada ciri-ciri khas premium made hanya untuk anda.

Warnanya sangat menarik. Warna pastel yang lembut ini semestinya menjadi kegilaan para gadis.

Apa lagi jika anda menggayakan edisi limited yang khas hanya milik anda.

Coraknya sangat mewah dan menawan.

Sesuai buat anda yang ingin tampil anggun di Hari Raya.

Pasti ramai yang cemburu nanti.

Berikut adalah tutorial khas yang disediakan oleh pihak Bawal Exclusive untuk panduan anda.

Next #TutorialTudung is up! Ini adalah gaya kedua yang kami cadangkan untuk anda gayakan di hari raya nanti ?.Gaya ni very simple dan sangat mudah untuk digayakan. Apabila anda gayakan tudung dari Bawal Exclusive, segala detail Swarovski lebih mudah ditonjolkan. Barulah sakan melaram, kan?Jadi kami harap tutorial ini boleh membantu anda untuk dapatkan idea macam mana nak bergaya raya bersama tudung kami pada aidilfitri tahun ini.& jangan lupa like dan comment banyak banyak pada video ini. Barulah admin rasa lebih semangat nak share video gaya ketiga, keempat dan kelima dengan lebih cepat! ? #BElovers

Posted by Bawal Exclusive on Tuesday, 21 May 2019

Anda boleh lihat sendiri kerlipan permata Swarovski yang dijamukan kepada anda ni.

Anda dijamin tak akan kecewa.

Kalu berkenan grab cepat-cepat kerana stoknya sangat terhad!

Warna Dusty Rose hanya terdapat di AS GALLERIA sahaja tau!

11. BAWAL KUNTUM 60

Warna  Baby Blue dijangka menjadi tema trending Raya 2019 ni!

Bagi pencinta Baby Blue, kami datangkan koleksi Bawal Kuntum 60 ini khas untuk anda.

Cantik betul warna ni.Warna pastel yang sangat memukau.Semestinya menambahkan keserian anda di pagi raya.

Bawal Kuntum 60 ini mempunyai design yang sangat eksklusif.

Design kuntuman bunga yang menarik ini dihiasi dengan kilauan Swarovski berwarna biru lembut.

Susunannya sangat kemas dan teratur.

Pasti akan dapat meningkatkan penampilan anda yang sudah sedia anggun.

Apa pendapat anda tenatng koleksi pilihan AG pada kali ni?
Sangat cantik bukan?

Haa, tentu anda dah tak senang duduk sekarang.

Cepat buat pilihan anda sebelum tudung idaman anda kehabisan stok.

Sadislah nanti kalau tak dapt beraya dengan tudung idaman anda.

Untuk pilihan warna yang lebih menarik anda boleh terus shopping kat sini.

Anda juga boleh melihat koleksi raya terbaru yang lain di Instagram AS Galleria menggunakan hashtag #tudungrayaag2019.

Yang menariknya Koleksi Bawal Eksklusif ini menawarkan FREE POSTAGE ke seluruh Malaysia.

Bagi anda yang ingin melihat sendiri koleksi tudung eksklusif  yang ditawarkan, anda boleh berkunjung terus ke cawangan butik AS Galleria yang terletak di Lembah Sireh dan Tanah Merah, Kelantan.

Anda juga boleh membuat tempahan khas mengikut citarasa anda .

Dapatkan koleksi tudung bawal eksklusif idaman anda hari ini! Hanya di AS Galleria.

Leave a Reply

×

Cart

Cart