FREE SHIPPING ON ORDERS ABOVE RM200

6 Tips Padanan Warna Baju Paling Sesuai Untuk Tudung Warna Pink

6 Tips Padanan Warna Baju Paling Sesuai Untuk Tudung Warna Pink

“Warna pink merupakan warna yang sesuai untuk semua jenis kulit”

AG Pinktober bersempena dengan bulan kesedaran kanser payudara,  As Galleria berkongsi tips padanan tudung berwarna pink yang sesuai dengan warna baju Cik Puan sebagai memperingati dan tanda sokongan Cik Puan terhadap Pinktober.

Cik Puan pasti terfikir warna baju apa yang sesuai untuk dipadankan sepanjang tempoh pinktober tersebut. 

Yelah kan, kadang-kadang pening nak match warna baju apa yang sesuai untuk dipadankan dengan tudung berwarna pink.

“Pemilihan warna yang salah akan menyebabkan kita nampak tidak menyerlah” 

Oleh itu, pemilihan warna baju yang sesuai dengan tudung amat penting dalam pemakaian harian. 

Macam orang bercinta, warna baju dan warna tudung harus ada chemistry tersendiri, barulah ngam.

Bagi memudahkan urusan Cik Puan, jom lihat warna baju apa yang sesuai dengan tema tudung warna pink.

Klik disini untuk buat belian asgalleria.com

1. Soft Yellow

Tips Padanan Warna Baju Paling Sesuai Untuk Tudung Warna Pink

Soft Yellow adalah warna yang dikatakan warna yang ceria dan agak cerah. 

Warna yang sebegini sangat cantik dipadankan dengan tudung berwarna pink.

Bila gabungan dua warna ini dipadankan, anda kelihatan lebih menyerlah dah ceria selalu.

2. Soft Purple

Tips Padanan Warna Baju Paling Sesuai Untuk Tudung Warna Pink

Padanan baju yang sesuai untuk tudung pink pula ialah warna soft purple. 

Tidak dapat disangkal lagi jika warna pastel macam ni, tudung warna pink adalah paling selamat. 

Jadi, jika Cik Puan ada baju yang berwarna soft purple di rumah atau tak tahu nak padankan dengan tudung warna apa, tudung pink adalah pilihan yang terbaik untuk Cik Puan. 

Kalau boleh elakkan baju warna soft purple  ini dipadankan dengan tudung warna bold seperti merah, mustard, biru gelap kerana boleh menyebabkan korang tampil tidak berseri.

3. Baby Blue

 Tips Padanan Warna Baju Paling Sesuai Untuk Tudung Warna Pink

4. Grey

Tips Padanan Warna Baju Paling Sesuai Untuk Tudung Warna Pink

Warna grey boleh padan dengan tudung warna apa?

Jangan pening-pening kepala tidak tahu warna apa yang sesuai.

Tidak lain tidak bukan, padankan dengan tudung warna pink juga amat sesuai sebenarnya.

Bila Cik Puan padankan dua warna ini, Cik Puan akan nampak lebih berseri dan menyerlah seharian. Wahh, cantikkan.

5. Cream

Tips Padanan Warna Baju Paling Sesuai Untuk Tudung Warna Pink

Warna krim yang dikatakan agak santai, lembut dan neutral.

Untuk Cik Puan yang sukakan penggayaan kaler pastel untuk kelihatan sweet-sweet  gitu, saya mencadangkan tudung pink Cik Puan dipadankan dengan baju berwarna krim.

Cik Puan akan kelihatan lebih ayu dan sopan yang pasti menyenangkan setiap mata yang memandang. 

6. Barely Beige

ps Padanan Warna Baju Paling Sesuai Untuk Tudung Warna Pink

Jika anda mempunyai koleksi baju berwarna beige paling beruntung. 

Ini kerana warna beige atau dipanggil sebagai nude color menjadi kegilaan ramai orang buat masa sekarang.

Dipadankan pula dengan tudung berwarna pink dengan kilauan batu swarovski dari Australia, Cik Puan pasti kelihatan sangat cantik.

Leave a Reply

×

Cart

Cart