FREE SHIPPING ON ORDERS ABOVE RM200

Asgalleria & Bawal Exclusive

Asgalleria by Bawal Exclusive merupakan reseller premium kepada jenama tudung bawal paling tersohor di Malaysia, Bawal Exclusive. Butik kami membawakan pelbagai jenis tudung bawal keluaran Bawal Exclusive termasuklah item-item yang rare dan limited edition.

Kami memberikan jaminan kualiti dan 100% asli untuk setiap produk Bawal Exclusive yang dibeli oleh pelanggan supaya anda benar-benar berpuas hati dengan setiap helai tudung yang dimiliki.

Keistimewaan Bawal Exclusive

Tudung bawal yang dihiasi Swarovski cukup sesuai dan anggun apabila dikenakan pada majlis formal mahupun keramaian. Keistimewaan voil Jepun adalah mudah dibentuk, lembut, mempunyai berat sempurna untuk menjadikan pemakaian tudung seimbang dan selesa dipakai serta tidak mudah luntur.

Kristal pada tudung Bawal Exclusive ini tidak mudah tertanggal. Tudungnya senang dicuci, mudah digosok, dan yang paling penting senang dibentuk serta selesa dipakai. 

34211564_1547617888699921_7067110940285599744_o
kelebihan-tudung-bawal-exclusive

Pengiktirafan Daripada Swarovski

Swarovski adalah batu hiasan bernilai tinggi yang sebaris dengan jenama antarabangsa. Di Malaysia terdapat tiga syarikat lain yang diberikan pengiktirafan oleh Swarovski Elements untuk membawa jenamanya iaitu kasut Jimmy Choo, perabot Lorenzo dan tudung Bawal Exclusive sendiri.

Setiap butiran kristal yang digunakan pada produk Bawal Exclusive dijamin keasliannya. Wakil dari Swarovski Elements akan datang ke ibu pejabat Bawal Exclusive setiap sebulan sekali untuk memantau kristal yang digunakan.

×

Cart

Cart